Badrul Hisham (dua dari kiri) menyerahkan MyKad generasi baharu kepada salah seorang penghuni Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu hari ini.

169,346 individu sudah ganti MyKad generasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 169,346 MyKad generasi baharu telah dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara sejak 17 September lalu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, pengeluaran tertinggi direkodkan di Kuala Lumpur sebanyak 20,592 diikuti Johor (18,871).

“Tiga negeri lain yang mencatatkan pengeluaran tertinggi ialah Sarawak (15,700), Sabah (13,711) dan Selangor (13,425). Bagi Terengganu pula, sebanyak 6,227 MyKad generasi baharu telah dikeluarkan setakat ini,” katanya pada program Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, di sini, hari ini.

Badrul Hisham, sambutan orang ramai terhadap MyKad generasi baharu amat positif dengan pengeluaran harian kini mencecah antara 10,000 hingga 10,500 keping.

“Walaupun sebelum ini kita sering memberitahu orang ramai untuk tidak berpusu-pusu ke JPN sekiranya MyKad mereka tidak rosak, rakyat tetap hadir bagi mendapatkan kad pengenalan generasi baharu yang mempunyai 53 ciri keselamatan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN