Roslee (dua dari kanan) menghadapi empat pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Sarjan mejar didakwa terima suapan RM2,400 salur maklumat operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,400 sebagai balasan memberikan maklumat awal berhubung operasi pihak berkuasa.

Tertuduh, Rosleee Mamat, 43, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, Roslee didakwa menerima wang RM1,000 daripada seorang individu yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya pada 13 Oktober 2022.

Suapan itu sebagai dorongan memberikan perlindungan dengan memaklumkan lebih awal sekiranya terdapat operasi atau serbuan polis supaya individu tersebut dapat melarikan diri dan mengelak daripada ditangkap.

Tertuduh juga didakwa menerima wang tunai RM500 daripada individu sama di Masjid Gong Terap, Setiu, pada Oktober 2022 bagi tujuan sama.

Dia kemudian didakwa menerima sekali lagi RM500 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya pada 5 Disember 2022 diikuti RM400 pada 27 Disember tahun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd Ali manakala tertuduh pula diwakili peguam, Mohd. Fakhrul Fikri Mokhtar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN