Dzulkefly (gambar kecil) menganggap Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah sebagai ikon dan tokoh terbilang dalam bidang kesihatan awam.

Tun Siti Hasmah ikon kesihatan awam negara – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyifatkan pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai kehilangan besar kepada negara, selain menganggap Allahyarhamah sebagai ikon dan tokoh terbilang dalam bidang kesihatan awam.

Beliau berkata, Allahyarhamah yang telah sekian lama dekat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberikan sokongan serta perhatian terhadap usaha memperkukuh sektor kesihatan negara.

“Ini sememangnya hari yang amat menyedihkan. Kehilangan ini adalah kehilangan kepada negara. Beliau adalah kesayangan rakyat sejak bertahun-tahun, malah berdekad lamanya.

“Bagi KKM, khususnya selepas tiga hingga empat dekad bersama kementerian, beliau merupakan ikon dan tokoh terbilang dalam kesihatan awam serta usaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi di sini sebentar tadi.

Menurut Dr. Dzulkefly, Allahyarhamah sentiasa memberikan sokongan kepada warga KKM, termasuk dalam aspek kebajikan dan peranan jururawat.

“Saya sendiri sangat dekat dengan beliau dan beliau sentiasa memberikan sokongan, khususnya berkaitan jururawat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah, termasuk anak-anaknya, Datin Marina Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Datuk Mokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir.

“Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah diampunkan segala dosa oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang mendapat keberkatan-Nya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN