fbpx
USS Abraham Lincoln (CVN-72) meninggalkan Pelabuhan Laem Chabang dekat Pattaya pada 6 September lalu. – AFP

8 cubaan ambil nyawa sendiri di atas kapal USS Abraham Lincoln

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump  mengakui terdapat lapan cubaan mengambil nyawa sendiri oleh anggota tentera Amerika Syarikat(AS) semasa kerahan  berpanjangan sebuah kapal pengangkut pesawat di Asia Barat, kata  seorang wakil rakyat semalam.

Maklumat itu didedahkan dalam sepucuk surat dilihat  AFP, yang dihantar oleh Pemangku Setiausaha Tentera Laut Hung Cao sebagai maklum balas kepada soalan daripada Senator Demokrat,  Kirsten Gillibrand mengenai keadaan di atas kapal induk USS Abraham Lincoln.

Laporan mengenai keadaan hidup merosot dan kesihatan mental yang buruk di atas kapal pengangkut itu sejak ia mula berlayar pada November 2025 mencetuskan kritikan terhadap perang Trump menentang Iran.

“Sejak permulaan kerahan USS Lincoln, terdapat lapan cubaan mengambil nyawa sendiri di seluruh kumpulan gempur ini,” demikian menurut surat tersebut.

Surat itu memberikan butiran tambahan mengenai cubaan mengambil nyawa sendiri tersebut, menyatakan seorang askar ‘terjatuh dari kapal pada awal Ogos lalu’ dan dengan segera  diselamatkan oleh helikopter pencari dan penyelamat, kemudian dibawa keluar dari kapal untuk penjagaan susulan.

USS Abraham Lincoln bertolak dari California pada November 2025 untuk tugas di Laut China Selatan dan dikerahkan semula ke Asia Barat sebelum serangan AS-Israel ke atas Iran yang bermula lewat Februari 2026. Ia akhirnya membuat persinggahan di Thailand awal bulan ini  selepas 286 hari di laut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN