fbpx
TIDAK habis-habis dituduh melakukan pembedahan kosmetik mengubah bentuk wajah dan hidung, pelakon Zara Zya sekali lagi tampil membuat penjelasan bahawa sangkaan netizen itu tidak tepat. Apa yang dlihat sebenarnya hanyalah kesan teknikal solekan.

‘Hidung jambu air, kena shading jadi mancung terletaklah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Pantang kalau saya nak melawa sikit, mesti ada cakap saya buat muka.”

Demikian luahan pelakon Zara Zya yang didakwa melakukan pembedahan kosmetik atau mengubah wajah setiap kali tampil dengan solekan.

Zara atau nama sebenarnyaZainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, memaklumkan dia sering mengubah jurusolek profesional untuk memastikan penampilannya kelihatan sempurna mengikut kesesuaian acara.

“Kalau ada acara, selalunya solekan akan lebih tebal mengikut kesesuaian.

“Saya akan mengupah jurusolek untuk tata rias muka saya yang biasa ini,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu kesan mancung yang kelihatan hanyalah hasil daripada teknik solekan yang ditata rias jurusolek.

“Bila dah ditatarias, berubahlah sikit wajah itu. Dah tuduh buat hidung pula.

“Hidung saya memang jambu air dari dulu sama saja. Kena ‘shading’ jadi mancung terletaklah dia,” ujarnya lagi.

Sejak beberapa tahun lalu, Zara sering menerima komen daripada netizen yang mendakwa wajahnya kelihatan berbeza berbanding awal kemunculannya dahulu sehingga ada menuduh dia mengambil suntikan botoks

Dia mengaku mengambil suntikan vitamin bagi memastikan kulit wajahnya sentiasa kekal awet muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN