fbpx
Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan (kanan) menyapa Hairul Nizam (dua dari kanan) ketika melawat keluarga mangsa di Pos Pangkalan Hadapan Jeti Sementa, Klang. Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Bot karam: ‘Kalau hidup syukur, kalau sebaliknya kami reda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – “Kalau ditemui masih hidup, syukur…kalau sebaliknya, kami reda.”

Demikian kata abang kepada Mohd. Shahril Abd. Rahman, 43, yang masih hilang selepas bot dinaiki tujuh pemancing termasuk tekong dipercayai karam dipukul ombak di perairan One Fathom Bank, berhampiaran Pulau Ketam, Ahad lalu.

Hairul Nizam Abdul Rahman, 47, berkata, dia sekeluarganya hanya mampu berdoa agar jasad adiknya dijumpai selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga hari ini.

“Kalau dijumpai masih hidup, syukur. Tetapi kalau dijumpai dalam keadaan sebaliknya, kami terima dengan hati terbuka. Semuanya adalah ketentuan Ilahi. Kami mampu berharap, tetapi Allah menentukan segala-galanya.

“Apa-apa pun kami berharap agar Mohd. Shahril segera ditemukan,” katanya ketika ditemui di Pos Pangkalan Hadapan Jeti Sementa, di sini hari ini.

Lebih meruntun hati keluarga, Hairul Nizam turut menerima makluman daripada pihak polis mengenai penemuan satu mayat dipercayai mangsa hilang di perairan Bagan Sungai Belukang, Bagan Datuk, Perak pagi ini.

Bagaimanapun, identiti mayat itu masih belum disahkan dan keluarga kini menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.

Katanya, sebelum kejadian, adiknya turut memaklumkan kepada keluarga mengenai rancangan keluar memancing bersama enam pemancing di One Fathom Bank pada Ahad lalu.

Selain Mohd. Shahril, dua lagi mangsa yang belum ditemui ialah Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, dan Raja Mohd. Rozi Raja Mohamad, 49. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN