fbpx
CHENG HOE perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk memilih hanya pemain terbaik untuk mengharungi saingan Piala ASEAN FIFA nanti. - FB MALAYSIA NT

Perlu hantar barisan bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya digesa untuk tidak bereksperimen dan perlu menghantar pasukan yang dibarisi pemain bertaraf bintang pada kempen Piala ASEAN FIFA 2026 yang berlangsung bermula 24 September ini.

Pemerhati sukan, Prof. Dr. Madya Zulakbal berkata, tempoh persiapan yang terhad dari aspek taktikal dan teknikal menuntut pengendali negara, Tan Cheng Hoe memilih pemain terbaik yang benar-benar mampu memberikan impak.

Katanya, tiada lagi alasan untuk kelab tidak melepaskan pemain kerana kejohanan berkenaan berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Tiada masa panjang untuk buat persiapan daripada aspek taktikal dan teknikal. Cheng Hoe kena ambil pemain terbaik kali ini untuk dibawa ke Piala ASEAN FIFA.

“Tiada lagi alasan kelab untuk tidak lepaskan pemain kerana kejohanan ini dalam kalendar FIFA. Hanya yang terbaik wajar diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Kalau semua pemain terbaik dapat dikumpulkan, barulah Cheng Hoe mempunyai pilihan yang lebih luas untuk membentuk kesebelasan paling kompetitif,” katanya kepada Kosmo!

Sebagai rekod, skuad negara menerima khabar gembira apabila dua pemain naturalisasi, Bergson da Silva dan Brad Tapp sudah diberikan lampu hijau oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyarung jersi Harimau malaya.

Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan mengesahkan status dua lagi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan FIFA.

Cheng Hoe dijangka mengeluarkan senarai pemain pada minggu ini dengan kem latihan pusat dijangka bermula pada minggu depan.

Malaysia yang berada dalam Divisyen 1 telah diundi bersama tuan rumah, Indonesia, Banglades dan Singapura dalam Kumpulan A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN