KEADAAN lori tangki dan kereta yang terbakar di Jalan Temerloh-Triang, semalam.

[VIDEO] Ibu, anak 12 tahun mangsa maut nahas Bezza dan lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Polis mengenal pasti terdapat dua mangsa yang maut dalam nahas tragis melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori tangki di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata, berdasarkan maklumat daripada waris mangsa merupakan seorang wanita berusia 37 tahun dan anaknya, 12 tahun.

“Bagaimanapun, pengesahan identiti kedua-duanya akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik waris. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi pengesahan identiti mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, sebuah kereta dan sebuah lori tangki bermuatan 32,000 liter diesel terlibat dalam kejadian melangan dan terbakar.

Katanya, siasatan awal mendapati lori tangki itu dalam perjalanan dari Seremban ke Temerloh, manakala kereta berkenaan dari Jerantut ke Seremban, Negeri Sembilan.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, lori tangki berkenaan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Bezza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN