Keadaan jalan raya sekitar Puncak Alam yang telah dinaiki air susulan hujan lebat sejak lewat pagi tadi.

[VIDEO] Puncak Alam banjir kilat, sejam sangkut dalam air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Puncak Alam dilanda banjir kilat sejak tengah hari tadi dengan keadaan air dilaporkan naik sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap.

Situasi itu turut dikongsikan beberapa pengguna media sosial yang memaklumkan keadaan banjir berlaku di beberapa lokasi termasuk sekitar Alam Jaya, Dataran Suria dan berhampiran Proton Puncak Alam.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama @itsmeaydaa_ berkata, dia sudah terperangkap dalam keadaan banjir berkenaan sejak kira-kira pukul 11.30 pagi lagi.

“Puncak Alam darul banjir. Pantang hujan lebat sikit cepat je air naik. Dah sejam aku sangkut ni,” katanya.

Sementara itu, pengguna @joohnlabu mendakwa keadaan banjir di Puncak Alam agak teruk sehingga turut menjejaskan kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air.

“Puncak alam hujan lebat dan banjir teruk! Tempat tak pernah kena banjir pun jadi banjir,” katanya.

Pengguna lain, @akhrim_abs pula memaklumkan keadaan air sudah naik di hadapan Proton Puncak Alam menyebabkan ada kenderaan tersidai dalam takungan air banjir.

“Depan Proton Puncak Alam dah naik air,” katanya.

Selain itu, pengguna @qurratulain.nazri turut memaklumkan keadaan banjir berlaku sekitar Dataran Suria, manakala ada penduduk melaporkan keadaan sama sedang melanda kawasan Alam Jaya ketika ini susulan hujan lebat sejak lewat pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN