fbpx
MOHAMMAD Furiman (dua dari kanan) menunjukkan bunga ganja yang ditemukan dalam longgokan sampah di Lembah Chuping, Padang Besar baru-baru ini.

Sembunyi bunga ganja RM649,840 dalam longgokan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Taktik sindiket meninggalkan guni berisi bunga ganja dalam longgokan sampah gagal apabila berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis di Lembah Chuping, Padang Besar baru-baru ini.

Pengarah Kastam Negeri Perlis, Mohammad Furiman Hattar berkata, rampasan sebanyak 8.123 kilogram (kg) dadah bernilai RM649,840 itu dilakukan pada 21 Mei lalu.

Katanya, pasukan operasi Unit Narkotik yang melakukan rondaan di kawasan tersebut
kira-kira pukul 11.50 pagi ternampak satu guni putih mencurigakan bersama longgokan sampah di tepi jalan, belakang sebuah gerai di Jalan Padang Besar-Ulu Pauh.

“Pemeriksaan ke atas guni tersebut menemukan lapan bungkusan plastik lut sinar berisi tumbuhan kering disyaki bunga ganja. Dadah bernilai RM649,840 itu dipercayai ditinggalkan bersama longgokan sampah untuk diambil oleh individu lain,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks JKDM negeri di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kes kedua pada 19 Jun lalu, pasukan Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis menemukan dua bungkusan guni ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan pelantar Pulau Batu Layang, Kuala Perlis.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua guni itu menemukan 17 ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis dengan berat keseluruhan 17kg dan dianggarkan bernilai RM51,000 dengan modus operandi sama ditinggalkan untuk dipungut individu lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN