fbpx
PEARLY Tan-M. Thinaah

Pearly-Thinaah kembali temui rentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa bulan bergelut dengan masalah kecederaan, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah akhirnya kembali menemui rentak apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka Taiwan, sekali gus menamatkan kemarau penampilan empat terbaik sejak All England pada Mac lalu.

Pilihan utama kejohanan itu tidak berdepan laluan mudah apabila dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan wakil tuan rumah yang berada di ranking ke-39 dunia, Lin Chih Chun-Yang Chu Yun 21-14, 21-17 pada aksi suku akhir semalam.

Kejayaan itu cukup bermakna buat pasangan ranking kelima dunia tersebut kerana ia merupakan pencapaian terbaik mereka sejak Pearly kembali beraksi pada penghujung Mei selepas berehat panjang akibat kecederaan belakang yang menjejaskan prestasi mereka di Jelajah Dunia.

Momentum tersebut turut memberi suntikan keyakinan buat Pearly-Thinaah yang kini dilihat semakin menghampiri tahap permainan sebenar menjelang siri kejohanan penting dalam baki musim ini.

Cabaran mereka untuk memburu slot ke pentas final bakal menyaksikan Pearly-Thinaah berdepan sama ada gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai atau pasangan Thailand, Omnicha Jongsathapornparn-Sabrina Sophita Wedler.

Sementara itu, hasrat Malaysia untuk menyaksikan dua wakil mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila beregu muda, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan tersingkir selepas tewas tipis kepada pasangan Thailand, Hathaithip Mijad-Napapakorn Tungkasatan.

Meskipun bermula hambar dengan kekalahan 11-21 pada set pertama, Zi Yu-Noraqilah bangkit memenangi set kedua 22-20 sebelum memberi tentangan sengit dalam set penentuan, namun akhirnya akur 22-24 selepas pertarungan yang berlangsung lebih sejam. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN