- Syarikat-syarikat tersebut telah menerbitkan sebuah kertas putih bersama yang memetakan kes penggunaan pengkomputeran kuantum yang mempunyai kepentingan komersial dalam bidang kimia kuantum dan analitik graf kepada pelan hala tuju perkakasan Quantinuum.
- Kertas putih itu memberikan satu rangka kerja untuk menilai bagaimana kemajuan dalam perkakasan dan algoritma kuantum boleh mempengaruhi jangka masa sebelum aplikasi industri praktikal dapat dilaksanakan.
- SoftBank Corp. dan Quantinuum akan menggunakan pelan hala tuju tersebut sebagai panduan dalam meneroka perkhidmatan pusat data AI kuantum masa depan serta model perniagaan yang berkaitan.
TOKYO dan BROOMFIELD, Colo., 21 Julai 2026 /PRNewswire/ — Quantinuum (NASDAQ: QNT) dan SoftBank Corp. ("SoftBank") hari ini mengumumkan penerbitan "Quantum Computing Frontiers", sebuah kertas putih bersama yang memetakan dua bidang aplikasi pengkomputeran kuantum yang mempunyai kepentingan komersial kepada pelan hala tuju perkakasan Quantinuum. Analisis tersebut menilai bagaimana kemajuan dalam perkakasan dan algoritma kuantum boleh mempengaruhi masa yang diperlukan sebelum aplikasi-aplikasi tersebut dapat digunakan secara praktikal dalam sektor industri.
Kertas putih tersebut memberi tumpuan kepada dua domain aplikasi utama, yang sedang dikaji secara aktif oleh SoftBank menggunakan sistem Quantinuum: kimia kuantum untuk penemuan bahan baharu dan penyelidikan tenaga, dan analisis data topologi untuk analisis graf berskala besar, termasuk untuk pengesanan penipuan telekomunikasi. Para penulis menggunakan pelan hala tuju perkakasan Quantinuum yang telah diterbitkan sebagai rujukan dalam menilai kebolehskalaan kedua-dua bidang aplikasi tersebut, termasuk mengkaji bagaimana kemajuan yang dijangkakan dalam keupayaan perkakasan dan algoritma dapat mendayakan kesiapsiagaan komersial bagi aplikasi industri masa hadapan.
Berpandukan pelan hala tuju kes penggunaan ini, kertas putih tersebut turut mengkaji bagaimana pengkomputeran kuantum, AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi boleh diintegrasikan ke dalam infrastruktur pengkomputeran masa hadapan. Ia turut mengkaji bagaimana kemajuan dalam setiap generasi perkakasan seterusnya boleh memaklumkan perkhidmatan pusat data AI kuantum masa hadapan dan model perniagaan berkaitan, fokus utama kerjasama antara Quantinuum dan SoftBank yang diumumkan tahun lepas.
"Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa organisasi tidak perlu menunggu kemunculan sistem berskala besar dan bertoleransi ralat untuk meneroka bidang yang membolehkan pengkomputeran kuantum mula memberikan nilai," kata Duncan Jones, Pengurus Besar, Kumpulan Aplikasi di Quantinuum. "Dengan menggunakan sistem masa kini untuk membangunkan, menanda aras dan menambah baik aplikasi dalam bidang seperti kimia kuantum dan analitik graf, perusahaan boleh membina kesiapsiagaan teknikal dan operasi yang diperlukan untuk era pengkomputeran berasaskan kuantum yang seterusnya."
"Persoalannya kini bukan lagi sama ada pengkomputeran kuantum mampu memberikan nilai, tetapi lebih kepada kelas masalah manakah yang boleh dilaksanakan pada setiap peringkat kematangan perkakasan," kata Ryuji Wakikawa, Naib Presiden Kanan & CTO di SoftBank Corp. "Namun, kami percaya bahawa kemajuan dalam perkakasan perlu dilengkapi dengan pembangunan yang sama kukuhnya dalam algoritma kuantum serta integrasi sistem kuantum dengan AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi."
Kertas putih tersebut membincangkan senario ilustratif yang menerangkan bagaimana aplikasi perwakilan, kematangan teknologi dan peluang pasaran berpotensi boleh berkembang dari semasa ke semasa berdasarkan andaian yang dinyatakan. Analisis dalam kertas putih tersebut bertujuan untuk menghasilkan rangka kerja konseptual untuk memahami potensi perkembangan pasaran dari semasa ke semasa, dan bukannya merupakan panduan kewangan atau ramalan kewangan. Analisis-analisis ini bertujuan untuk menyokong perbincangan tentang pembangunan teknologi pada masa hadapan dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai komitmen terhadap pengkomersialan, pelaburan infrastruktur, produk, perkhidmatan, atau prestasi kewangan.
Kertas putih lengkah boleh didapati di laman web SoftBank dan Quantinuum.
Maklumat Tentang SoftBank Corp.
Berpandukan falsafah korporat SoftBank Group, "Revolusi Maklumat – Kebahagiaan untuk semua individu (Information Revolution – Happiness for everyone)," SoftBank Corp. (TOKYO: 9434) mengendalikan perniagaan telekomunikasi dan IT di Jepun dan di seluruh dunia. Dengan asas perniagaan yang kukuh, SoftBank Corp. menyasarkan untuk memanfaatkan potensi AI dalam seluruh bidang perniagaannya dan mempercepatkan pelaksanaannya selaras dengan strategi pertumbuhan "Activate AI for Society". Di samping terus mengembangkan perniagaan telekomunikasinya, SoftBank sedang memperluaskan infrastruktur pengkomputeran AI serta perkhidmatan AI dan awan, dengan aspirasi untuk menjadi penyedia Infrastruktur Sosial Generasi Baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.softbank.jp/en/corp/
Mengenai Quantinuum
Quantinuum (NASDAQ: QNT) ialah syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka yang menawarkan platform bertindan penuh yang direka untuk membolehkan pengkomputeran kuantum digunakan dalam persekitaran dunia sebenar. Syarikat ini telah mengerahkan pelbagai generasi sistem kuantum secara komersial yang dibina berdasarkan seni bina QCCD yang mantap, yang telah dilaksanakan dengan reka bentuk dan keupayaan baharu untuk mencapai tahap ketepatan tertinggi industri berdasarkan kesetiaan get dua qubit purata.[1] Quantinuum menjalin kerjasama aktif dengan peneraju industri dalam bidang farmaseutikal, sains bahan, perkhidmatan kewangan, serta sektor kerajaan dan perindustrian. Syarikat ini mempunyai tenaga kerja global kira-kira 700 pekerja, termasuk saintis dan penyelidik terkemuka. Lebih 70% daripada pasukan teknologinya memiliki ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana. Ibu pejabat Quantinuum terletak di Broomfield, Colorado, dengan kemudahan tambahan di seluruh Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun, Qatar dan Singapura.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.quantinuum.com.
Kenyataan Berhati-hati Mengenai Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran media ini mengandungi kenyataan tertentu yang boleh dianggap sebagai "kenyataan berpandangan ke hadapan" menurut Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan berpandangan ke hadapan merangkumi semua kenyataan yang bukan fakta sejarah. Perkataan seperti "menjangka", "mengandaikan", "percaya", "meneruskan", "boleh", "menganggarkan", "mengharapkan", "berhasrat", "mungkin", "merancang", "berpotensi", "meramalkan", "mengunjurkan", "masa depan", "akan", "berusaha", "boleh dijangka", bentuk negatif perkataan-perkataan tersebut atau istilah dan frasa yang serupa digunakan untuk mengenal pasti kenyataan berpandangan ke hadapan. Kenyataan sedemikian adalah berdasarkan andaian dan penilaian tertentu yang dibuat oleh pihak pengurusan berdasarkan pengalaman mereka serta persepsi terhadap trend sejarah, keadaan ekonomi dan industri semasa, perkembangan masa depan yang dijangka dan faktor lain yang dianggap relevan. Kenyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran ini juga tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian material, termasuk tetapi tidak terhad kepada faktor ekonomi, persaingan, kerajaan dan teknologi yang mempengaruhi operasi, pasaran, produk, perkhidmatan dan harga syarikat. Faktor baharu mungkin muncul dari semasa ke semasa, dan Quantinuum tidak dapat meramalkan kesemua faktor tersebut. Sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan hanya terpakai pada tarikh ia dibuat, dan kecuali sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang, Quantinuum tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan berpandangan ke hadapan, sama ada akibat maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.
[1] Sehingga 31 Disember 2025.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5007466_MS07466_6














