fbpx
GAMBAR fail 3 Mac 2016 menunjukkan Solar Impulse 2 berada di ruang udara Kapolei, Hawaii. – AFP

Pesawat kelilingi dunia terhempas dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pesawat Solar Impulse 2 yang melengkapkan perjalanan bersejarah mengelilingi dunia pada 2016 tanpa menggunakan bahan api jet, terhempas di Teluk Mexico, baru-baru ini, kata  pemiliknya.

Dikendalikan oleh juruterbang Switzerland,  Bertrand Piccard dan Andre Borschberg, Solar Impulse 2 mengelilingi dunia dalam 17 peringkat, merangkumi jarak luar biasa sejauh 43,000 kilometer) merentasi empat benua, dua lautan dan tiga laut, dalam masa  23 hari tanpa menggunakan setitik pun bahan api.

Tiga tahun selepas itu, kapal terbang  berkuasa solar tersebut telah dijual kepada Skydweller Aero yang menukarnya menjadi dron untuk melakukan ‘pendaratan air terkawal,’ kata syarikat itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Skydweller Aero berkata,  Solar Impulse 2 berlepas dari Stennis, negeri  Mississippi pada 26 April lalu tetapi terhempas di Teluk Mexico pada 4 Mei 206.

“Akhirnya, penerbangan memecah rekod selama 8 hari dan 14 minit ini mengesahkan realiti penerbangan berkuasa solar dalam persekitaran yang relevan dengan misi ketenteraan,” kata syarikat itu, merujuk kepada latihan Tentera Laut AS di mana kapal terbang  itu digunakan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS berkata bahawa pihaknya sedang menyiasat kemalangan itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN