JITRA – Kumpulan warga India yang sebelum ini dilihat ‘membanjiri’ Stesen Bas Tanah Merah, di sini, selama tiga hari berturut-turut minggu lalu tidak lagi kelihatan sejak kelmarin, berkemungkinan telah berpindah ke lokasi lain. Tinjauan Kosmo! mendapati, stesen bas yang dijadikan lokasi transit baharu warga asing tersebut sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru dipercayai untuk bekerja sunyi sepi tanpa kelibat individu membawa beg besar atau bagasi. Menurut pekerja syarikat bas yang mahu dikenali sebagai Aina, 38, kumpulan warga asing……














