fbpx
Suasana pengebumian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul di Pusara Damai Felda Sungai Kelamah, Gemas awal pagi tadi. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

[VIDEO] Kami reda, tapi masih berat untuk memaafkan – Ayah Prebet Muhammad Amirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Keluarga allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, reda dengan kejadian meragut nyawa anggota tentera tersebut, namun, masih berat hati untuk memaafkan pelaku.

Bahkan, ayah arwah, Rosafindi Tambi Chik, 49, berkata, mereka akan menyerahkan kepada pihak berkuasa serta mahkamah untuk menentukan nasib pelaku.

“Bapa mana tak sayangkan anak. Kita ni ada Tuhan, boleh fikir mana yang benar, mana yang tak benar. Mana yang tak benar tu, tak benar lah. Kalau dia (pelaku) buat tak betul, biarlah dia tanggung.

“Sekarang kes sedang dalam perbicaraan. Keputusan kita tak dapat lagi. Jadi kami memang serahkan kepada pengadilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusara Damai Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, pagi tadi.

Menceritakan lebih lanjut mengenai arwah, Rosafindi berkata anak sulungnya itu sememangnya agak pendiam.

“Apa yang berlaku di sana (tempat kerja), dia jarang bagi tahu saya, namun saya sebagai bekas tentera saya fahamlah untuk anggota baharu ni, penugasan di unit baharu, dia kena banyak bersabar dalam tempoh masa tiga tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN