GEORGE TOWN – Penternak lembu di Pulau Pinang masih mengekalkan harga ternakan korban antara RM5,000 hingga RM7,000 seekor tahun ini, namun terpaksa menaikkan caj penghantaran dua kali ganda susulan lonjakan harga diesel. Seorang penternak lembu, Mohamad Husin berkata, situasi semasa kenaikan harga diesel di negara ketika ini memberi kesan kepada perkhidmatan pengangkutan lori. “Jadi caj penghantaran mungkin naik hingga dua kali ganda daripada RM200 sebelum ini kepada RM400 setiap trip, pada jarak 30 hingga 40 kilometer. “Pelanggan tidak perlu bimbang……














