fbpx
AHMAD Tarmizi menunjukkan gambar anak tunggalnya, Muhammad Zulkifli yang mati lemas di Sungai Kubang Rotan, Alor Setar semalam.

Pemuda leka tarik toman sebelum bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang pemuda dikatakan sedang menarik pancingnya selepas umpan disambar ikan toman sebelum bot yang dinaiki bersama sepupu terbalik di Sungai Kubang Rotan, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa, Muhammad Zulkifli Ahmad Tarmizi, 24, ditemukan mati lemas manakala sepupunya, Muhammad Zikri Mohd. Izham, 26, berjaya menyelamatkan diri.

Menurut ibu saudara mangsa, Rohana Ismail, 52, dia dimaklumkan tentang kejadian oleh anaknya, Muhammad Zikri menerusi panggilan video selepas insiden berlaku.

“Anak beritahu dia dan Pli (Zulkifli) jatuh sungai dan Pli tenggelam. Orang kampung cari tapi tidak jumpa lagi. Saya dan saudara mara lain terus ke lokasi dan akhirnya jasad Pli berjaya ditemui,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, anaknya dihantar ke HSB untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan pada kaki dipercayai akibat terkena kipas bot.

“Anak saya dalam keadaan trauma dan dia beritahu masih terbayang kejadian itu serta terdengar suara Pli minta tolong. Sebelum kejadian, dia sempat berpesan kepada arwah supaya jangan duduk terlalu tepi bot kerana bimbang terbalik.

“Namun, arwah ketika itu sedang tarik ikan toman sebelum bot terbalik dan mereka terjatuh ke dalam sungai. Anak cuba selamatkan Pli tetapi gagal kerana dia sendiri hampir lemas,” ujarnya.

Menurut Rohana, anak saudaranya itu kelihatan sangat teruja kerana dipercayai baru pertama kali keluar memancing menggunakan bot yang dibeli kira-kira sebulan lalu.

Bapa mangsa, Ahmad Tarmizi Ismail, 53, berkata, dia sedih kerana kehilangan satu-satunya anak.

“Tak sangka anak pergi dahulu daripada saya. Dia lah satu-satunya anak saya,” katanya sambil memberitahu anaknya hanya melakukan kerja-kerja kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN