fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Hafiy.rosli di laman Threads.

Dah bagi diskaun, buat ‘hacking’ percuma, sekali kena belanja makan pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kontraktor pemasangan pengecas EV meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa berdepan pelanggan yang disifatkan terlalu berkira hingga menyebabkan kerugian ratusan ringgit.

Menerusi satu hataran di laman Threads oleh @Hafiy.rosli, dia pada awalnya telah memberikan diskaun sebanyak RM100 kepada pelanggan terbabit sebelum kerja pemasangan dilakukan.

Menurutnya, sehari sebelum pemasangan, pelanggan berkenaan memaklumkan bahawa kerja tambahan ‘hacking’ dinding diperlukan bagi tujuan pemasangan kabel.

Katanya, dia memaklumkan caj RM40 bagi kerja hacking tersebut dan menyifatkan harga itu sudah murah memandangkan ia memerlukan persediaan peralatan tambahan.

“Dia cakap, ‘kau ni berkira dengan abang, abang dah order banyak dengan kau’. Siap kata kalau mahal sangat, dia nak buat sendiri simen semua,” katanya.

Susulan itu, dia mengakui berasa serba salah dan akhirnya menawarkan kerja hacking tersebut secara percuma walaupun tidak membawa peralatan lengkap.

Tambahnya, setibanya di lokasi, pelanggan juga tidak menyediakan barang yang sepatutnya, sebelum meminta mereka membeli sendiri keperluan di kedai berhampiran.

“Kami pergi beli barang, kos dalam RM60. Sampai rumah dia, kami buat kerja macam biasa termasuk hacking,” jelasnya.

Namun, situasi menjadi lebih janggal apabila pelanggan terbabit mengajak mereka makan di restoran dengan alasan ingin ‘belanja’.

“Kami ingat dia nak belanja. Tapi bila nak bayar, dia cakap suruh kami bayarkan pula sebab kami ‘dapat cash banyak’ dari dia,” ujarnya.

Menurutnya, jumlah bil makanan mencecah RM130, sekali gus menambah kerugian selain diskaun dan kos bahan yang telah ditanggung.

Tambahnya, pelanggan itu juga didakwa meminta supaya invois diubah bagi tujuan tuntutan sehingga RM1,200.

“Saya tak nak buat macam tu, salah dari segi undang-undang dan agama,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN