fbpx
Orang ramai kembali bekerja selepas dua minggu menyambut Aidilfitri. – GAMBAR JANAAN AI

Luahan Pembaca: Jangan dikenang duit yang habis, jom bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara pengarang,

BERAPA banyak duit sudah habis untuk menyambut Aidilfitri tidak perlu dikenangkan lagi. Ia sudah menjadi sejarah.

Kita perlu reda dengan setiap pemberian supaya tidak mengurangkan pahala kebaikan yang dilakukan.

Selepas puas menikmati pelbagai juadah dan berjalan ke sana dan sini menziarahi saudara serta kenalan sepanjang minggu lalu, kini sudah tiba masanya kita fokus bekerja bagi mencari duit.

Kita pun perlu mengikut saranan kerajaan supaya mengamalkan langkah berjimat cermat dan membeli keperluan sahaja.

Kerajaan Madani awal-awal sudah memberitahu tidak akan membuat jamuan rumah terbuka ekoran konflik di Asia Barat.

Tahun ini sudah tentu mencabar dengan pelbagai masalah dan isu yang kian menghimpit kehidupan sekali gus memaksa penggunaan wang ringgit dalam jumlah banyak.

Sudah tentu semuanya itu terbeban di atas bahu ketua keluarga yang sentiasa memikirkan bagaimana hendak mencari duit bagi perbelanjaan persekolahan anak, belanja harian, sewa rumah, utiliti dan lain-lain.

KERJA KERAS
Ampang Hilir, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN