fbpx
FERNANDEZ digantung dua perlawanan oleh Chelsea selepas tindakannya memberi bayangan berminat menyertai Real. - AFP

‘Keberanian’ Fernandez undang padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – ‘Usikan’ yang dilakukan pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez ‘memakan diri’ apabila dia dihukum oleh pengurusnya, Liam Rosenior yang bertindak ‘membekukan’ pemain itu.

Rosenior menjelaskan tindakan untuk tidak menyenaraikan pemain itu dalam aksi suku akhir Piala FA awal pagi tadi dan perlawanan menentang Manchester City, 12 April ini adalah keputusannya sendiri.

“Saya sudah bercakap dengan Enzo kira-kira satu jam. Sebagai sebuah pasukan, ini juga sebahagian daripada keputusan saya terutamanya selepas berlaku pelanggaran budaya dan apa yang kami mahu bina,” katanya.

Sebelum itu, Fernandez mendakwa bersikap terbuka untuk meninggalkan The Blues dan menyertai Real Madrid apabila melabel kota raya Madrid adalah mirip dengan Argentina khususnya di Buenos Aires.

Ini juga menjadi tindakan berani daripada Rosenior dan Fernandez bukan pemain tunggal yang pernah mencetuskan kegusaran buat pasukan seperti yang pernah dilakukan oleh Marc Cucurella.

Cucurell sebelum ini membayangkan pengurusan tertinggi pasukan melakukan kesilapan kerana membiarkan mantan pengurus, Enzo Maresca meninggalkan pasukan.

Tindakan Fernandez juga turut mendapat kritikan daripada bekas pemain The Blues, Jon Obi Mikel yang mahu bintang Argentina itu ‘tutup mulut’ atau terus meninggalkan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN