Pahang dikurniakan jajaran pantai yang cantik sepanjang kira-kira 233 kilometer selain pantai-pantai indah di Pulau Tioman yang terkenal di seluruh dunia. Antara pantai terkenal di Pahang ialah Cherating, Teluk Cempedak, Pantai Sepat, Pantai Tanjung Batu. Namun keindahan pantai-pantai ini kian pudar akibat hakisan yang berlaku setiap masa sehingga ada yang bakal lenyap. Kalau dilihat antara pantai yang sudah dikatakan lenyap adalah Pantai Tanjung Batu di Nenasi yang menyaksikan satu-satunya resort terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Kekunang Tering Chalet telah menjadi…














