fbpx
LOKASI penemuan mayat warga emas di Kampung Padang Bukit Hilir, Kupang, Baling malam tadi.

Warga emas bujang ditemukan tidak bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang lelaki warga emas ditemukan tidak bernyawa di sebuah rumah di Kampung Padang Bukit Hilir, Kupang, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe berkata, pihaknya menerima aduan pada pukul 11.44 malam dan siasatan mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia antara satu dan dua hari lalu.

“Pemeriksaan terhadap si mati tidak menemukan sebarang unsur jenayah. Hasil temu bual dengan waris, lelaki itu masih bujang dan tinggal seorang diri di rumah anak saudaranya sejak enam bulan lalu.

“Si mati juga mempunyai sejarah penyakit kronik seperti asma, darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta pendarahan di bahagian otak. Kali terakhir dia menerima rawatan di Hospital Baling pada 3 Februari lalu,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN