KUALA TERENGGANU – Fenomena cuaca panas yang melanda negara termasuk Terengganu sejak awal bulan lalu mengundang rezeki berganda buat seorang pengusaha bengkel membaiki peralatan elektrik apabila menerima ramai pelanggan bagi membaik pulih kipas angin. Muhammad Faizan Ali berkata, secara purata, beliau menerima empat kipas angin untuk dibaiki setiap hari. “Sejak bermulanya cuaca panas pada awal bulan lalu, bengkel membaiki peralatan elektrik saya didatangi semakin ramai pelanggan. “Rata-rata mereka membawa kipas angin yang bukan sahaja tidak berfungsi, malah berputar perlahan untuk…














