fbpx
Suspek tiba di Mahkamah Klang untuk pertuduhan, hari ini.

[VIDEO] Pemandu mabuk rempuh rider sampai maut tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pemandu mabuk dan khayal dadah yang mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat di sini, tiba di Mahkamah Klang bagi menghadapi pertuduhan, hari ini.

Lelaki berusia 20-an tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dengan dikawal ketat anggota dan pegawai polis.

Suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula semalam dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, 33, maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas kenderaan lain selepas dilanggar kereta pada pukul 10.40 pagi.

Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa. Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah selain memandu di bawah pengaruh alkohol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN