fbpx
Antara CCTV baharu yang dipasang di sekitar KLCC.

DBKL tambah tiga CCTV sekitar KLCC pantau ‘ulat foto’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menambah tiga unit televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan KLCC bagi memperkukuh pemantauan keselamatan dan kawalan trafik.

Menurut DBKL, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan persekitaran bandar raya yang lebih selamat, teratur dan responsif kepada keperluan warga kota.

“Kesemua CCTV ini disambungkan terus ke Bilik Gerakan DBKL bagi membolehkan pemantauan secara masa nyata serta tindakan pantas terhadap sebarang insiden,” katanya dalam kenyataam hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud meninjau kehadiran ‘ulat foto’ di sekitar KLCC.

Hannah dilaporkan berkata, isu keselamatan menjadi faktor utama yang diambil kira.

“Saya berada di sana lebih daripada satu jam dan sempat melihat sendiri keadaan di tapak ‘ulat foto’ beraksi mengambil gambar pelancong.

“Kita mahu pastikan pengalaman pengunjung kekal selamat dan tidak dieksploitasi,” ujarnya.

Sebelum ini, polis menahan 18 lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan dan serangan terhadap dua lelaki hingga mengalami kecederaan di Persiaran KLCC di sini, 22 Mac lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu dipercayai bermula apabila sekumpulan lelaki yang merupakan jurugambar jalanan atau ‘ulat foto’ memukul seorang pelancong lelaki warga India di kawasan hadapan KLCC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN