GUA MUSANG – Gangguan air di Taman Agropolitan Rantau Manis yang berlarutan sejak 2014 menyebabkan lebih 3,000 penduduk terpaksa menumpang mandi di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R), sungai selain mengangkut bekalan itu dari bandar sejauh 40 kilometer (km). Penduduk mendakwa situasi itu bukan sahaja membebankan, malah menjejaskan rutin harian kaum ibu, warga emas dan kanak-kanak lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Seorang penduduk, Sahazudin Mohammad, 52, berkata, dia menggunakan air R&R Rantau Manis untuk membersihkan diri. “Bekalan air di rumah……














