SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mendedahkan beberapa individu tidak bertanggungjawab menjadikan negeri itu sebagai tempat persinggahan ‘ajaran sesat’. Penyebaran ajaran sesat turut dibuat melalui platform digital seperti WhatsApp, Instagram dan media sosial tertutup, yang hanya boleh diakses oleh ahli yang telah berbaiah atau memberi wala’ (sumpah taat setia) kepada ketua ajaran sesat. Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd. Asri Abdullah berkata, pengasas atau sesetengah guru ajaran sesat yang sudah pun dikenal pasti bertapak di negeri ini bukannya…














