fbpx

Salam Perantauan 27 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan, terutamanya buat rakyat Malaysia dan ahli keluarga tercinta.
Semoga Aidilfitri kali ini tetap membawa kebahagiaan walau berjauhan. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Bekas pelajar A-Level Kolej Mara Seremban sesi 2022/2024
Lokasi: Manchester, United Kingdom

 

Saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada keluarga tercinta iaitu mama (Junaida), Abah (Mazlan), kakak (Atiqah) serta Lukman dan Arif.
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi kasih sayang antara kita. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Nyak Nur Athirah Nyak Mazlan
Lokasi: University of Manchester, United Kingdom

 

Jarak memisahkan tubuh, namun hati dan doa tetap ada di tanah air tercinta setiap Syawal. Takbir bergema di langit perantauan dan bersama dengannya rindu kami terbang pulang.
Kepada keluarga dan sahabat di tanah air, selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Akram & Izwani
Lokasi: Christchurch,
New Zealand

 

Jauh dari tanah air membuatkan kami lebih menghargai makna sebuah keluarga dan erti pulang.
Walau Aidilfitri disambut di bumi New Zealand, hati kami tetap bersama keluarga dan sahabat di Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Jamaltul Nizam Shamsuddin, Noor Ismawati Esa, Zieurr Ismal Naufal dan Xaviera Haifa Ismal.
Lokasi: New Zealand

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN