GEORGE TOWN – Musim perayaan Aidilfitri memberi limpahan rezeki buat pengusaha katering dan penjual menu tradisional apabila mereka tidak menang tangan menerima ribuan tempahan bermula 1 Syawal. Malah, terdapat pengusaha terbabit terpaksa menolak tempahan sejak bulan lalu meskipun ia peluang untuk mereka mendapat untung berganda. Pengusaha Katering Seri Vistana, Ahmad Yani Ismail berkata, lebih 2,000 pelanggan telah membuat tempahan menu bersama hidangan 50 ekor kambing golek bermula hari raya pertama sehingga raya ketiga. Ujarnya, sambutan kali ini agak luar biasa…






