PADANG BESAR – Fenomena cuaca panas dan kering di Perlis ketika ini menyebabkan dasar di Empangan Timah Tasoh yang lebih tinggi mula timbul membentuk pulau dengan ditumbuhi rumput hijau sekali gus menjadi tumpuan pelancong. Timbalan Pengerusi Nelayan Darat kawasan itu, Abdul Azhar Abdul Aziz, 38, berkata, kawasan yang digelar Pulau Timbul itu dipercayai pernah menjadi penempatan penduduk suatu ketika dahulu susulan pembinaan empangan tersebut. “Kita juga menemui serpihan pinggan mangkuk, bekas makanan dan pelapik tiang di Pulau Timbul. Kawasan ini……














