fbpx
LUKISAN berjudul Nothing about it oleh artis seni pop Jepun, Nara Yoshitomo. – AGENSI 

Potret gadis mata besar harga lebih RM38 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Sekeping potret seorang gadis bermata besar dan terbuka luas kini mencabar rekod untuk harga tertinggi lelongan hasil seni domestik di Korea Selatan, lapor akhbar The Chosun Daily.

Lelongan lukisan berskala besar oleh artis seni pop Jepun, Nara Yoshitomo yang memiliki harga minimum 14.7 bilion won Korea (RM38.8 juta) itu menarik perhatian dunia seni.

Firma lelongan Seoul Auction mengumumkan akan menawarkan karya Nara Yoshitomo tahun 2016 berjudul Nothing about it itu semasa lelongan pada 31 Mac ini di Pusat Gangnam, Seoul.

Harga anggaran untuk lukisan itu adalah antara 14.7 bilion hingga 22 bilion won (RM58 juta). Jika terjual, ia akan mengatasi lukisan berjudul Bouquet of Flowers oleh Marc Chagall yang mencatat rekod harga tertinggi sejarah lelongan hasil seni di Korea Selatan.

Karya Chagall dijual pada harga 9.4 bilion won (RM24.8 juta) dalam lelongan pada November tahun lepas.

Sumber Seoul Auction berkata, “Perkara utama yang perlu diperhatikan dalam lelongan ini adalah sama ada artis seni kontemporari boleh mengatasi rekod Chagall, yang memegang prestij klasik.”

Sejumlah 104 karya akan ditawarkan dalam lelongan tersebut, menjadikannya lelongan hasil seni berskala terbesar dalam sejarah Korea Selatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN