fbpx
Tangkap layar video menunjukkan seekor kucing memohon maaf kepada pemiliknya semasa sesi bersalaman. - TikTok

Kucing pula ‘sibuk’ nak salam raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan gelagat seekor kucing seperti memohon maaf kepada pemiliknya semasa Hari Raya Aidilfitri,  baru-baru ini, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @putyourface111 menunjukkan kucing berwarna oren itu sedang meminta maaf semasa sesi bersalaman bersama keluarga. 

Badan haiwan itu dibelai dan ditepuk beberapa kali oleh pemiliknya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Si ‘oyen’ buat salah apa?” kata seorang netizen. 

“Risau harta pusaka diwariskan kepada si kucing,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN