SEAWAL usia setahun dua bulan, ketika kanak-kanak lain baru belajar mengenal dunia, Aisya Humairah Mohd. Sharizal sudah diuji dengan cabaran yang tidak terjangkau akal. Disahkan menghidap retinoblastoma pada tahap serius di kedua-dua mata, anak kelahiran Selangor itu kehilangan penglihatan sepenuhnya selepas menjalani pembedahan secara berperingkat. Namun di sebalik kegelapan itu, gadis berusia 16 tahun ini bangkit membuktikan bahawa keterbatasan fizikal tidak pernah menghalang langkahnya untuk terus mencipta kejayaan. Hari ini, Aisya Humairah menyerlah sebagai remaja serba boleh dengan pencapaian yang……














