PETALING JAYA – Trend bergambar di studio pada musim perayaan membawa durian runtuh buat jurugambar berikutan permintaan yang semakin tinggi saban tahun. Dengan menggunakan sebuah bilik kecil, pelbagai tema seperti rumah kampung tradisional, moden dan mewah serta minimalis dengan dekorasi indah direalisasikan tanpa perlu pelanggan berhabis wang membeli barangan untuk menghias kediaman masing-masing. Selain dekorasi, bergambar di studio menjelang Syawal juga menjadi pilihan kerana menjimatkan masa menyebabkan ada jurugambar yang mampu meraih pendapatan hampir ratusan ribu ringgit pada musim perayaan……














