Presiden Donald Trump dan Setiausaha Perang, Pete Hegseth mendabik dada mengisytiharkan Amerika Syarikat (AS) menang perang ke atas Iran dengan menghancurkan semua kapal perang, memusnahkan lebih 60 peratus pelancar roket dan peluru berpandu serta merosakkan infrastruktur penting Tehran. Serangan besar-besaran pakatan AS-Israel ke atas Iran 28 Februari lalu mencetuskan kemusnahan besar dengan pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei turut terkorban. Iran membalas dengan membedil beribu-ribu peluru berpandu balistik dan dron, bukan sahaja menyasarkan Israel tetapi pangkalan-pangkalan tentera Amerika di Teluk seperti……














