fbpx
Kor Ming ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program pengasingan dan kitar semula kotak minuman untuk pusat beli-belah di Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

300 penguat kuasa SWCorp pantau ‘ulat sampah’ Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lebih 300 petugas penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan ‘turun padang’ memantau kebersihan di lokasi tumpuan sepanjang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penugasan ditumpukan di kawasan rehat dan rawat (R&R), lebuh raya serta lokasi panas yang sering menjadi tempat pembuangan sampah.

Menurut beliau, langkah tersebut bagi memastikan tahap kebersihan kekal terkawal selain mendidik orang ramai agar tidak mengambil mudah isu pembuangan sisa.

“Lebih 300 anggota penguat kuasa akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang musim perayaan.

“Takkan tidak tahu tempat membuang sampah. Kalau sesak di jalan raya, ada sampah kotak makanan letak dalam kereta dulu dan buang bila sampai di rumah.

“Jangan anggap jalan itu adalah tong sampah. Kalau kena tangkap, hukuman masyarakat menanti anda,” katanya pada program pengasingan dan kitar semula kotak minuman untuk pusat beli-belah di sini hari ini.

Beliau menegaskan kejayaan usaha menjaga kebersihan bukan hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak.

“Saya tidak kisah raya atau tak raya. Di mana sahaja. Siapa buat, dia tanggung. Kita sudah banyak kali buat ingatan mesra,” katanya.

Kor Ming turut memaklumkan seramai 1,054 ulat sampah telah ditangkap setakat pagi ini dan akan didakwa di mahkamah dengan majoriti kesalahan adalah membuang puntung rokok.

“Jangan kerana puntung rokok, kamu didenda RM2,000 dan sapu jalan 12 jam.

“Sebagai rakyat Malaysia, tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia. Kita jadi tuan rumah dan perlu jaga imej dengan tidak membuang sampah merata-rata,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI