PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka galakan daripada suami selepas melihat potensinya dalam dunia badut bukan sahaja mengundang rezeki tambahan buat keluarga, malah menjadikannya lebih yakin ketika berdepan orang ramai. Wanita yang dikenali sebagai Bunga, 30-an, berkata, bakatnya dicungkil ketika dia menyiapkan tempahan sejambak bunga belon secara sambilan daripada pelanggannya. Katanya, dia kemudian mula membuat latihan untuk menghasilkan pelbagai bentuk belon. “Suami kata dia mahu saya ada sesuatu yang saya boleh sambung jika dia sudah tiada. Ia menjadi bekalan……














