DALAM era digital yang semakin berkembang pesat, media sosial bukan sekadar ruang hiburan semata-mata, malah mampu menjadi medium dakwah yang efektif. Bagi Muhammad Ilham Fahmi Mohd. Azhar, 23, pelajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), platform digital dimanfaatkan sepenuhnya sebagai wadah untuk menyebarkan nilai-nilai Islam kepada masyarakat khususnya generasi muda. Dia yang mesra disapa Ilham dan mendapat pendidikan awal di sekolah agama sejak kecil mula aktif menghasilkan kandungan Islamik di media sosial bermula 2019 ketika pelaksanaan……














