SENI sulaman tangan bukan sekadar hobi, malah menjadi medium terapi yang membantu menenangkan fikiran. Di sebalik setiap jahitan halus, tersimpan kesabaran, ketelitian dan emosi yang mendalam. Bagi sesetengah individu, seni tradisional ini bukan sahaja mengisi masa lapang, malah menjadi cara untuk mengabadikan kenangan dalam bentuk karya yang boleh disentuh dan dihargai untuk jangka masa panjang. Bagi Siti Nur Amalina Mohamad Sukri, 32, perjalanan dalam dunia seni sulaman bermula secara tidak dirancang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada September 2020.……














