Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam di seluruh dunia selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Ia perlu disambut dengan adab yang tidak bertentangan dengan syarak. Persoalan yang timbul adalah adakah ia disambut sehari atau dibolehkan mengadakan sambutan Aidilfitri selama sebulan seperti yang menjadi amalan di negara ini sejak kebelakangan ini. Selain itu, sering timbul pertanyaan adakah pemberian duit raya terutama kepada kanak-kanak menjadi satu kemestian atau hanya adat masyarakat setempat. Ikuti wawancara…














