PETALING JAYA – Kenaikan harga tambang bas dan penerbangan setiap kali musim perayaan mendorong perantau di Lembah Klang memilih kaedah perkongsian kenderaan (carpool) untuk pulang ke kampung. Langkah itu bukan sahaja menjimatkan duit poket sehingga 50 peratus, malah rata-rata mereka seronok kerana dapat menambah kenalan dari negeri sama selain teman untuk berbual sepanjang menempuh kesesakan di lebuh raya. Seorang akauntan, Nik Muhammad Nazamuddin, 26, berkata, dia memilih kaedah carpool buat kali pertama pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini untuk pulang……














