LAMA tidak muncul dengan fesyen pelik, Aina Abdul kembali pada Ramadan tahun ini dengan busana ketupat!
Baju ketupat berwarna hijau itu digayakan Aina dalam video muzik lagu raya terbaharunya berjudul Nikmat Beraya yang dilancarkan baru-baru ini.
Kebanyakan netizen berpendapat baju dan juntaian ketupat pada bahagian tudung itu sangat unik.
Kreativiti tersebut sekali gus mengubat rindu peminat untuk melihat busana Aina yang sebelum ini sering tampil dengan pelbagai rekaan unik dan aneh.
“Akhirnya Aina kembali dengan baju aneh tapi cantik!
“Pandainya pereka fesyen buat baju ketupat untuk video muzik raya, sangat kreatif.
“Sudah lama tak tengok Aina muncul dengan fesyen bertema sebegini,” kata netizen.














