fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Minggu depan ramai ‘pura-pura’ kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Minggu depan merupakan minggu akhir Ramadan dan hanya berbaki dua hari sahaja persekolahan sebelum warga kota balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri menyebabkan ramai sudah ‘liat’ untuk bekerja.

Rata-rata orang ramai berseloroh untuk ‘berpura-pura’ membuat kerja sepanjang menanti ketibaan cuti Aidilfitri ini.

Kebanyakan warga kota dijangka mula bercuti panjang mulai hari Rabu depan bagi menyambut hari raya yang dijangkat pada Sabtu.

Tinjauan di platform media sosial mendapati mereka sudah mula kehilangan fokus terhadap tugasan hakiki.

Bagi kebanyakan warga kota, minggu terakhir sebelum cuti panjang bukan lagi waktu untuk mengejar KPI (Petunjuk Prestasi Utama), sebaliknya masa untuk mengira detik pulang ke kampung halaman.

Seorang pengguna berkata, meskipun timbunan kerja masih melambak di atas meja, fokus mereka sudah terjejas sepenuhnya.

“Minggu ini pun sudah mula pura-pura rajin walaupun kerja berlambak. Roh sudah balik raya dulu, jasad sahaja yang tinggal di tempat kerja,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pekerja yang masih mempunyai bebanan tugasan yang tidak dapat dielakkan.

“Saya tak boleh nak pura-pura sebab kerja banyak menimbun. Rasa nak siapkan sebelum cuti raya, nanti terfikir kerja tak siap masa raya nanti,” kata pengguna lain.

“Alangkah baiknya boleh berpura-pura, tengah kacau bubur lambuk pun bos telefon suruh masuk meeting (mesyuarat), “ kata Sajidahsopian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI