fbpx
UNITED bersedia untuk kembali ke landasan kemenangan menjelang aksi bertemu Villa selepas tewas kepada Newcastle sebelum ini. - AFP

EPL: Man. United tekad bangkit semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick memuji respons ditunjukkan barisan pemainnya selepas kekalahan pertama di bawah bimbingannya ketika bertemu Newcastle United minggu lalu.

The Red Devils berpeluang untuk menebus kekecewaan itu menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa yang berada dalam situasi tidak menentu di Old Trafford hujung minggu ini.

Carrick berkata, barisan pemainnya menunjukkan kesungguhan serta semangat cukup tinggi ketika dalam latihan bagi memastikan mereka kembali mendapatkan rentak kemenangan dengan membenam Villa.

“Aksi bertemu Villa sangat penting dan ia merupakan perlawanan yang sangat dinanti-nantikan. Kami sudah meletakkan kedudukan dalam keadaan cukup baik, jadi sudah tentu kami mahu mengekalkannya.

“Kami baru sahaja tewas dalam perlawanan terakhir tetapi itulah yang perlu diterima. Semua pemain menunjukkan semangat cukup tinggi dalam latihan bagi mempersiapkan diri untuk aksi menentang Villa,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga percaya masih ada banyak kelemahan perlu diperbaiki pasukan itu sekiranya mereka mahu kembali mendapatkan momentum terbaik bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat teratas.

“Kami perlu mencari keseimbangan di bahagian pertahanan dan serangan jika mahu kembali mencatat kemenangan berturut-turut. Justeru, aksi bertemu Villa boleh menjadi sebagai permulaan,” ujar Carrick. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN