fbpx
NORANIZA tidak tergugat dengan komen-komen negatif netizen yang membangkang pandangannya berhubung nilai 'sedap' dan kreativiti sesebuah lagu raya.

‘Lagu raya tidak perlu terlalu kreatif, ikut trend semasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seperti tiada jiwa, penyanyi Noraniza Idris berpendapat lagu raya sepatutnya tidak perlu terlalu mengejar kreativiti atau trend semasa sehingga menghilangkan roh sebenar Aidilfitri.

Ujar Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Idris, 57, penciptaan lagu raya seharusnya berpegang pada emosi serta nuansa tradisional agar kekal malar segar.

“Lagu raya baharu tahun ini, paling saya suka dengar lagu Shiha Zikir. Rasa Melayunya kuat. Lenggoknya ringkas tetapi alunannya terasa cukup sempurna.

“Lagu raya tidak perlu terlalu kreatif atau terlalu bersaing dengan trend semasa. Lagu raya ada jiwa tersendiri. Suasana serta rasa lagu raya tidak sama seperti mencipta lagu etnik atau irama Malaysia lain.

“Kekalkan sahaja roh lagu lama supaya kekal malar segar kerana lagu raya melambangkan jiwa Melayu lembut serta sayu meninggalkan Ramadan menuju kemenangan Syawal,” katanya dalam Threads.

Kenyataan tersebut bagaimanapun menerima reaksi pelbagai apabila segelintir peminat artis lain kurang senang dengan pandangan penyanyi berkenaan.

Tidak berdiam diri, pelantun Hatinya Tak Tahan itu membidas segala kritikan netizen selain menegaskan penulisannya sekadar bersifat pandangan peribadi.

“Saya memang suka lagu baharu Shiha Zikir itu. Ada pula kata saya suka pusing cerita. Masalahnya saya suka apa saya dengar, itu hak saya. Kenapa pula orang hendak marah?

“Saya bukan taksub kepada sesiapa. Saya dengar sahaja lagu lalu di telinga, kalau sedap saya suka. Salahkah?

“Tapi ada saya kisah? Saya memang suka lagu itu. Lagu raya atau bukan lagu raya, kalau sedap dan kena dengan suasana Ramadan, saya dengar sahaja,” tulisnya.

Sejak awal Ramadan, puluhan selebriti termasuk pempengaruh tampil menghasilkan lagu raya baharu bagi menghangatkan suasana sambutan Aidilfitri.

Namun dalam keghairahan tersebut, sebahagian pencinta muzik berpendapat lambakan karya baharu gagal menandingi keindahan lagu raya klasik kerana kurang sentuhan emosi dan roh perayaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI