HULU TERENGGANU – Walaupun tanpa kemudahan elektrik, sekumpulan pelajar Madrasah Addiniah Azzakiah, Lubuk Periok, di sini tetap gigih membaca al-Quran setiap malam sepanjang Ramadan ini. Mereka membaca kalam Allah itu dengan bertemankan cahaya lilin sehingga sebahagiannya mampu khatam sehingga 12 kali sebulan. Seorang pelajar, Muhammad Mahfuz Tarmizi, 19, berkata, mereka membaca al-Quran dengan bantuan cahaya lilin kerana bekalan daripada tenaga solar hanya dijana pada waktu siang. “Kami sudah biasa, namun itu bukan alasan untuk tidak menggandakan amalan pada sebelah malam……














