fbpx
Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin (kiri) bersama pemenang, Nurul Aqilah (tengah) dan Azzim pada majlis penyampaian hadiah Bulan Bintang Terrrrpaling Raya powered by Affin di Menara Affin Kuala Lumpur.

Pelanggan Bulan Bintang menang Affin Dream Box RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah yang juga merupakan pelanggan Bulan Bintang beroleh modal berjumlah RM200,000 untuk memenuhi impiannya setelah muncul sebagai pemenang Kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya 2026.

Nurul Aqilah Radzuan, 33, yang berasal dari Taiping memenangi hadiah utama tersebut setelah membeli sehelai baju kurung jenama tersebut secara dalam talian.

Jelasnya, ini kali kedua dia mendapatkan baju kurung dari jenama berkenaan, setelah kali pertama membelinya untuk ibunya dan mendapat hadiah berbentuk baucar Tealive.

“Sebenarnya perkara yang membuat saya tertarik untuk membeli kali ini ialah hadiah tumbler yang turut didatangkan secara percuma, saya memang peminat dan pengumpul tumbler.

“Hadiah ini akan saya gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan, barangan kemas dan sebuah kenderaan untuk keluarga,” katanya pada majlis penyampaian hadiah di Menara Affin, di sini baru-baru ini.

Nurul Aqilah menceritakan pengalamannya bersama jenama Bulan Bintang sambil ditemani Azzim.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, jenama tersebut sememangnya dikenali dengan pelbagai hadiah menarik namun hal itu sebenarnya memberi tekanan kepada pihaknya untuk memberikan ganjaran yang benar-benar bertepatan dengan selera pelanggannya.

“Kami pernah beri hadiah sebuah Nissan GTR R35 dan jongkong emas. Dalam masa sama pelanggan sentiasa membandingkan hadiah ditawarkan dengan kempen-kempen sebelum ini.

“Dengan hadiah Dream Box ini, pelanggan boleh memilih sendiri apa sebenarnya yang mereka mahukan dan ia menjadi tarikan utama kempen ini.

“Selain itu, satu lagi daya tarik Kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya ialah penyertaannya amat mudah dan pelanggan tidak perlu sehingga kempen tamat untuk mengetahui sama ada mereka menang atau tidak. Mereka hanya perlu membeli produk kami dan imbas kod QR tertera untuk mengetahui apa yang mereka menang,” katanya.

Mengulas lanjut, Azzim berkata, meskipun pemenang utama sudah dikenalpasti, masih banyak pemenang yang belum ditemui, termasuk hadiah Affin Dream Box bernilai RM100,000, RM10,000 dan RM5,000.

“Memasuki separuh kedua bulan Puasa, kira-kira 70 peratus stok kami untuk Aidilfitri telah habis terjual.

“Bagi perkembangan jenama Bulan Bintang pada 2026, antara produk baharu kami ialah baju batik dan kami akan mengetengahkan koleksi pengantin selepas ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI