fbpx
TONGGAK pertahanan Sanfrecce, Hayato Araki (kiri) menanduk masuk gol Sanfrecce dalam kekalahan 1-2 kepada Kyoto minggu lalu. - SANFRECCE HIROSHIMA

Sanfrecce mahu lepas geram ke atas JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERGASI Jepun, Sanfrecce Hiroshima ibarat ‘harimau terluka’ dan sedia menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mangsa pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Sebagai rekod, Sanfrecce mempamerkan prestasi cemerlang di pentas Asia musim ini apabila tidak tewas dalam lima perlawanan kompetitif terakhir.

Namun, situasi berbeza diperingkat domestik selepas tewas mengejut kepada kelab kurang ternama, Kyoto Sanga dengan keputusan 1-2 dalam aksi Liga Divisyen 1 Jepun, minggu lalu.

Pengendali pasukan, Bartosch Gaul menegaskan pasukan masih dalam proses membina kesempurnaan taktikal memandangkan saingan domestik baru sahaja bermula dengan sekarang tumpuan diberikan di peringkat ACLE.

“Proses membina pasukan tidak pernah berhenti. Saya mahu katakan kami sudah berada pada tahap terbaik, tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh berpuas hati dan cuba perbaiki kelemahan yang ada.

“Pasukan sentiasa mahu bermain lebih baik berbanding perlawanan sebelumnya dan saya rasa barisan pemain sedang berkembang secara konsisten.

“Kita bakal mengharungi perlawanan yang padat dan mungkin saya akan merombak kesebelasan utama dalam aksi ACLE nanti. Segala perancangan mengambil kira keadaan fizikal dan mental pemain.

“Saya tidak boleh nyatakan siapa yang akan diturunkan, tetapi saya harap mereka mampu berikan yang terbaik,” katanya.

Sanfrecce yang terkenal dengan gelaran La Viola turut mahu melakar sejarah mara ke pentas suku akhir ACLE buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN