KUALA PILAH – Seorang pesara mendakwa kehilangan ayam belanda ternakannya Sabtu lalu dipercayai dibaham harimau kumbang ekoran penemuan tapak kaki dipercayai milik haiwan buas itu berhampiran sungai di rumahnya di Kampung Gamui, Charik, di sini. Mohd. Azmi Hashim, 58, berkata, dalam kejadian itu, seekor daripada 14 ekor ayam belanda peliharaannya hilang dan telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan. Katanya, biarpun hanya seekor, tetapi dia bimbang harimau kumbang itu akan kembali kerana…














