fbpx
Johari dan isteri, Norizan Akmar bersama tiga anak menunjukkan antara tradisi menghias buah limau bersama angpau ketika ditemui di Taman Clonlee 2, Tampin kelmarin.

50 tahun peluk Islam tetap rai raya Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang mualaf ti­dak melupakan menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarganya walaupun sudah 50 tahun memeluk agama Islam sekali gus menjadikannya istimewa kerana menyambut dua perayaan besar dalam setahun.

Bekas tukang rumah, Johari Abdullah, 71, berkata, tradisi itu lebih menarik apabila dia sekeluarga bersama tiga anak serta lima cucu di Taman Clonlee, 2 di sini setiap tahun.

Katanya, dia akan menghias rumahnya dengan tanglung, pokok buluh, cherry blossom dan angpau yang digantung pa­da pokok serta buah limau di dalam dulang bila tiba sambutan Tahun Baharu Cina.

“Bila Aidilfitri, rumah ­di­hi­as pula dengan perhiasan ma­syarakat Melayu. Bagi angpau kepada individu lebih kecil ini pun sebagai ong dalam tradisi orang Cina dan saya mahu tra­disi itu dapat diteruskan oleh anak cucu nanti.

“Mereka juga sudah me­ngetahui kepentingan makan be­sar serta bersatu dengan ke­luarga sehari sebelum Tahun Baharu Cina. Ketika orang tua saya masih ada, serta anak-anak masih kecil kami beraya di ru­mah keluarga saya di Taman Woon tetapi kini saya sambut di rumah saya sahaja,” katanya.

Menurut Johari, bagi kaum Cina, ketua keluarga lelaki akan bertanggungjawab memastikan keperluan keluarga mencukupi.

Sementara itu, isteri Johari, Norizan Akmar Kamarudin, 69, berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki yang kini berusia 39 hingga 49 tahun.

Menurutnya, sebelum ini an­tara juadah utama yang diminta mendiang ibu mentua­nya ialah rendang ayam, sambal bilis serta sayur campur yang membawa gambaran bersatu bersama keluarga besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN